Monday, February 11, 2019

Ceramah Bahaya Dadah & Merokok dan pertandingan kuiz

Tarikh : 27 Feb 2019, Rabu
Masa : 3.00 ptg - 4.00 ptg
Tempat : Perpustakaan Kanak-Kanak, Perbadanan Perpustakaan Awam Kangar, Perlis
Peserta : Pelajar Sek. Rendah
Bayaran : Percuma

Dewasa ini, gejala penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat negara kita semakin serius dan tidak dapat dibendung lagi. Hal ini demikian kerana, dadah yang pada asalnya menjadi ubat penahan sakit sebenarnya tidak berbahaya jika tidak disalahgunakan. Masalah ini timbul apabila manusia menyalahgunakannya untuk kepuasan dan keseronakan diri sendiri. Oleh hal sedemikian, Perpustakaan Awam Negeri Perlis dengan kerjasama AADK mengambil inisiatif untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang apakah itu dadah dan bahaya penyalahgunaan dadah.

Program Kesedaran Antidadah ini juga turut diselitkan dengan soalan kuiz antidadah bagi memberikan pemahaman serta menerapkan konsep dua hala melalui pertanyaan dari pegawai dan jawapan oleh pelajar. Program ini merupakan satu langkah ke arah memberi pengetahuan asas tentang dadah bagi menyelesaikan masalah pelajar daripada menghadapi tekanan yang boleh mendorong mereka terlibat dengan penagihan dadah sedari kecil lagi.

Berminat untuk sertai?
Hubungi Pn. Norisah
0175342580



No comments:

Post a Comment